Apa itu Virtual Private Server (VPS) atau Virtual Desktop

Virtual Private Server atau lebih dikenali dengan VPS secara mudahnya adalah komputer desktop anda cuma ianya berada di server yang boleh disewa secara bulanan atau tahunan.

Apa kena mengena pulak dengan Forex Trading ?

Salah satu alternatif urusan jual beli forex ini adalah dengan menggunakan robot atau expert advisor ataupun EA. Robot atau Expert Advisor akan diterangkan pada post akan datang :-)




Pada ketika ini, terdapat bermacam-macam jenis robot/ea yang dijual di internet dan boleh di pakai pada terminal metatrader anda. Aktiviti robot/ea ini hendak dijalankan 24 jam dan 5 hari waktu market dibuka iaitu Isnin hingga Jumaat.

Anda boleh memasang robot/ea di komputer anda sendiri di rumah atau pejabat tetapi ada pelbagai masalah yang akan timbul seperti:

  • masalah line internet anda yang tidak stabil, atau putus-putus atau perlahan - ini akan menyebabkan operasi robot/ea anda terganggu dan requote boleh berlaku.
  • masalah elektrik tidak stabil - dimana jika ada gangguan elektrik di kawasan rumah/pejabat anda, terminal akan ditutup malahan komputer anda sendiri akan terpadam.
  • pelbagai gangguan pada sistem seperti virus atau spyware yang mengganggu operasi komputer anda.
Untuk mengelakkan masalah utama diatas, penggunaan VPS adalah salah satu jalan selesai yang paling bagus. Dengan menyewa dan memasang robot/ea di terminal di vps yang anda sewa masalah di atas dapat diatasi.

EiSFx sendiri telah menggunakan servis vps pada banner di bawah.



Setakat ini pernah mencuba servis vps ini di 2 tempat iaitu di:

VpsLand DOT Com
- kos permulaan adalah rendah tetapi masa untuk mereka menyiapkan vps mengambil masa 24 hingga 48 jam.
- kadar sambungan internet adalah tidak berapa laju.
- ciri-ciri tambahan tidak banyak
- tidak mempunyai perisian automasi dimana jika virtual desktop anda restart kerana upgrade sistem terminal anda tidak akan terbuka secara automatik


-CommercialNetworkServices
- kos permulaan pertengahan sebanyak 30 USD
- setelah selsesai pembayaran vps anda akan siap paling lama pun dalam masa 3o minit
- kadar sambungan internet yang laju
- banyak ciri-ciri tambahan yang percuma atau berbayar
- mempunyai perisian automasi untuk menghidupkan terminal anda jika berlaku system upgrade di vps anda
- kadar support yang cepat
- boleh login ke vps anda melalui url website yang didaftarkan dan dimana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet.

secara am nya jika anda menggunakan robot/ea anda digalakkan menggunakan vps untuk mendapat keuntungan yang optima.

TIPS memilih VPS antaranya:

  1. lokasi server yang hendak disewa, jika server yang disewa lebih dekat dengan broker pilihan anda maka kadar sambungan internet lebih laju dan efisen.
  2. Kadar tindak balas support kepada anda. Cuba anda menghantar 1 email bertanyakan apa-apa pun mengenai vps atau pakej yang anda minat kepada email support mereka. jika mereka membalasnya cepat itu adalah baik dan jika mereka membalasnya lambat, pertimbangan harus dibuat kerana jika anda ada masalah kemudian dan mereka lambat membalasnya itu kan membawa masalah ?
itu antara beberapa perkara mengenai VPS atau virtual private server dengan dunia Forex. Kalau hendak menyewa VPS klik pada banner dibawah untuk yang terbaik dengan kos yang tidak berapa mahal.