About Blog ForexSportivo Buat Duit Forex

Salam Sejahtera

EiSFx mula menceburi dunia forex sejak Januari 2009. Masih sangat baru lagi. Belajar forex ni daripada kawan-kawan sahaja. Maklumlah nak ambil kursus beratus beribu ringgit.

Mula trade live selepas sebulan di demo akaun. Rasa trade di demo akaun tidak sama seperti trade di live akaun. Trade di demo akaun boleh dapat beribu dolar tetapi tidak sama sekali di live akaun.

Banyak buat kajian di internet untuk dapatkan trading style sendiri dan mula dari itu membuat blog ini sebagai jurnal perjalanan forex EiSFx.

Dalam blog ini akan EiSFx sama-sama share knowledge untuk sesiapa yang minat nak buat duit dengan Forex ni.

Nak buat duit dengan forex ni perlukan ilmu dan ia adalah sangat penting supaya matlamat utama hendak buat duit tercapai dan dalam masa yang sama mengurangkan loss. Super Trader pun ada buat loss tetapi ianya dikurangkan.

Banyak menggunakan teknikal indikator dan penggunaan Japanese Candlestick untuk membuat trade yang untung. Jadi laman blog ini akan serba sedikit menerangkan penggunaan beberapa perkara asas sebelum sesuatu trade itu di buka.

Trade Update yang dikemaskini adalah trade akaun live. Sasaran EiSFx sehari bukan lah beratus pips tetapi mungkin beberapa pips yang berkualiti yang cukup untuk rasa buat duit dengan forex.

Kalau ada apa-apa cadangan dan komen boleh melalui ruangan komen blog ini.

kalau ada salah dan silap tolong tunjuk dan betulkan




Regards,

EiSFx

Trade Update 16 / 04 / 2009

Penggunaan Custom Indicator ZigZag pada Chart Candlestick

Custom indicator ZigZag yang boleh terus dipakai ke mana-mana charts candlestick anda adalah satu lagi indicator yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan dari Forex.

Rujuk screenshot dibawah. Klik pada Icon Navigator dan ruangan panel Navigator akan keluar jika sebelum ini tiada.




Selepas dah nampak Ruangan Navigator itu, klik pada Custom Indicators seperti screenshot diatas yang dalam kotak kuning.

Menu ini akan dikembangkan kebawah dan pilih pada ZigZag seperti screenshot dibawah.



Double klik pada ZigZag dan menu untuk tetapan parameters pada custom indicator ini akan keluar seperti screenshot dibawah.

Klik pada tab Inputs seperti screenshot ini dan tukar kan menjadi 3 dan 3 dan 3 dengan double klik pada angka tersebut dan buat sama seperti screenshot dibawah.



Selepas itu klik pada ok dan indicator ZigZag anda akan keluar pada chart yang anda pilih seperti screenshot dibawah.



Penggunaan indicator teknikal ZigZag berkait rapat dengan Price Pattern. Daripada Price Pattern yang terbentuk kita dapat menentukan hala tuju trend yang sedang berjalan dan dengan ini membantu kita untuk membuat keputusan supaya trend selari dengan kita dan bukan setentang dengan kita.

Dalam post yang lain akan terangkan serba sedikit bagaimana Technical Indicator ZigZag ini dikaitkan dengan Price Pattern.



Trade Update 15 / 04 / 2009

Cara Penggunaan Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement adalah salah satu tool standard yang boleh digunakan untuk menentukan perjalanan kebarangkalian trend.

Pada perisian metatrade4 anda klik pada icon di kotak merah pada gambarajah dibawah:



Untuk plot pada chart perlu pastikan trend pada ketika itu sedang naik atau turun. Gambarajah dibawah telah di plot menggunakan Fibonacci Retracement tool ketika trend sedang naik.




Pastikan plot pertama yang hendak di plotkan adalah yang paling rendah sekali dan tarik hingga titik paling tinggi sekali ketika itu sama seperti gambarajah diatas. ( Klik pada gambarah untuk lihat lebih jelas )

Pastikan juga titik permulaan iaitu 0.0 berada di sebelah bawah kerana trend sedang naik.

Apabila trend sedang turun, pastikan titik fibonacci retracement 0.0 berada pada sebelah atas.

Fibonacci Retracement adalah tools yang baik untuk membuat keuntungan dari forex.

Trend Forecasting Using Moving Average

Untuk sesiapa yang trade secara intraday dan juga long term, perlu untuk mengetahui trend sedang berjalan ketika itu ...

Selari bersama dengan trend adalah matlamat utama.

Indikator teknikal yang biasa digunakan adalah Moving Average atau MA. Masalahnya Moving Average adalah lagg indikator mengikut price. Parameter yang perlu diubah bagi mendapatkan keputusan yang baik adalah sangat subjektif.




3 garisan di atas adalah Moving Average yang boleh dijadikan panduan tentang trend terkini.

Japanese Candlestick - Panduan Untuk Trading

Japanese Candlestick ni kalau ikut nama asal dari Jepun lah founder taukeh beras terkaya masa tu. Dia yang ciptakan candlestick untuk ramalan harga beras masa tu.

Kalau tengok gambarajah bawah ni asas rekabentuk japanese candlestick, ada upper dan lower shadow atau wick, dan juga real body.

Dengan ada nya japanese candlestick ni kita boleh buat ramalan dan kajian trend pada masa itu. Ada beberapa jenis candlestick yang perlu kita fahami berdasarkan "Reversal Pattern" atau "Continuous Pattern"




Jadi kalau hendak belajar tentang forex ... baca lagi tentang Japanese Candlestick lagi. Kemudian akan diterangkan beberapa jenis pattern candlestick yang penting dalam post akan datang.


Special Trade Setup Dalam Progress 14/04/2009

Trade masih dalam progress ...

Trade Upate 14 / 04 / 2009

Belajar Forex Trading

Mengetahui perkara asas tentang forex trading dan bagaimana hendak menjalankan trading tukaran matawang asing ini adalah sangat penting kerana ia dapat mengurangkan kerugian dan membuat keuntungan yang banyak.

Di laman blog ini akan lebih menekankan penggunaan perisian "Charting" dengan menggunakan perisian MetaTrader4 yang semakin popular kerana perisian yang ringkas dan mudah dipahami.

Penggunaan Japanese Candlestick juga akan di tekan kan sebagai perkara penting bagi membuat kajian tentang keadaan semasa trend yang sedang aktif.

Beberapa indikator teknikal juga akan di gunakan dan diterangkan seberapa ringkas yang boleh bagi membantu mengenali trend yang sedang aktif.

Buat Duit Dengan Forex Trading

Salam Sejahtera,

Pernah kah anda terfikir hendak buat duit di internet dengan menjalankan Forex Trading ?

Jika ya, nasihat awal mengenai Forex Trading adalah untuk mengetahui perkara-perkara asas mengenai bagaimana hendak menjalankan Forex Trading, perlu memahami beberapa perkara yang boleh membantu anda menjalankan Forex Trading.

Laman blog ini akan menerangkan kepada anda mengenai Forex Trading dan bagaimana hendak membuat duit di internet dengan menjalankan urusan Forex Trading ini.