About Blog ForexSportivo Buat Duit Forex

Salam Sejahtera

EiSFx mula menceburi dunia forex sejak Januari 2009. Masih sangat baru lagi. Belajar forex ni daripada kawan-kawan sahaja. Maklumlah nak ambil kursus beratus beribu ringgit.

Mula trade live selepas sebulan di demo akaun. Rasa trade di demo akaun tidak sama seperti trade di live akaun. Trade di demo akaun boleh dapat beribu dolar tetapi tidak sama sekali di live akaun.

Banyak buat kajian di internet untuk dapatkan trading style sendiri dan mula dari itu membuat blog ini sebagai jurnal perjalanan forex EiSFx.

Dalam blog ini akan EiSFx sama-sama share knowledge untuk sesiapa yang minat nak buat duit dengan Forex ni.

Nak buat duit dengan forex ni perlukan ilmu dan ia adalah sangat penting supaya matlamat utama hendak buat duit tercapai dan dalam masa yang sama mengurangkan loss. Super Trader pun ada buat loss tetapi ianya dikurangkan.

Banyak menggunakan teknikal indikator dan penggunaan Japanese Candlestick untuk membuat trade yang untung. Jadi laman blog ini akan serba sedikit menerangkan penggunaan beberapa perkara asas sebelum sesuatu trade itu di buka.

Trade Update yang dikemaskini adalah trade akaun live. Sasaran EiSFx sehari bukan lah beratus pips tetapi mungkin beberapa pips yang berkualiti yang cukup untuk rasa buat duit dengan forex.

Kalau ada apa-apa cadangan dan komen boleh melalui ruangan komen blog ini.

kalau ada salah dan silap tolong tunjuk dan betulkan




Regards,

EiSFx