Trade Update 31/12/2009

Salam Sejahtera Semua

lama eis tak update blog ni .... hari ni hari terakhir eis trade.... untuk tahun ni hehe

market beberapa bulan terakhir ni amat lah tah hapa hapa tah ... sideway memanjang ... trending pun kekejap je ... sampai daily movement beberapa major pair pun kecik je

gu dari 200 pip jadi seratus lebih pip je sama la dengan gj ...

hari nie berkesempatan untuk mengikuti trade .... di bawah trade in progress ... anytime bleh tutup ... sesambil tu cuba tuk follow trend mana tau leh dapat seratus pip ke tuk gj tu ...



tuk tahun ni jugak eis dapat follow gu paling tinggi tahun ni 1.6877 fuh lepas tu menjunam terus sampai la beberapa hari ni.... lama dah kat bawah so eis budget dia nak naik kekejap ... semalam 30/12/2009 pun gu naik daily candle sampai 258 pip .... lama gak le tak dapat camtu ...

so rasa nya genap setahun dalam 2009 ni eis dalam forex ni kisah memacam kisah la loss ada untung pun ada ...

bimbingan kekawan and banyak dari internet la yang menjadi guru alternatif kepada kelas yang dengar cerita mahal ...

sepanjang eis trade 3 bulan lepas ni baru nampak agak stabil skit ...

sistem yang digunakan pun dah sebati setelah mencuba memacam yang memenuhkan chart akhirnya buta jap tengok chart tu ...

komponen sistem ni pun cedok sana sini dan eis ubah mengikut stail trading sendiri.
  1. 4 garis moving average
  2. penggunaan auto fibo pivot
  3. penggunaan fibonacci retracement tool
  4. gann fan n gann line
  5. macd asas
  6. dan paling best sekali continous n reversal japanese candlestick
  7. kombinasi semua sekali menjadi Sistem TrendTargetSportivoFx
so kalo tengok kat chart tak serabut la ... tapi sekali sekala kalo market trending alhamdulillah satu sesi trade bleh dapat 2000 ke 3500 pips ... hehehe

macam eis cerita sebelum ni main lot kecik je ... tade tension bleh tinggalkan post ... tapi jangan sangka lot kecik tak bleh buat duit tau ....

so dengan itu lah eis

buat duit dengan forex

...




sesambil menaip ni ... gj naik sesikit ... eis target daily candle bleh cecah 200 pip hari ni ...



kalau nak buat duit dengan forex eis amat-amat-amat ..haaa 3 kali tu sarankan dapatkan ilmu didada ...

eis pun tak pandai sangat tapi jangan harapkan sangat dengan indikator yang berlambak ni ... indikator boleh jadi silap ... indikator ni bagi eis menguatkan judgement kita masa nak buka post ...

eis dah berpeluang jumpa dengan 2 orang ni .... bukan nak burukkan tapi nak jadikan teladan ...yang sorang ni 10Kusd hilang seminggu je ... yang sorang ni berpuluh K usd la ....

ngeeri dengar citer tu .....

so kalo nak buat duit dengan forex tolong lah dapatkan ilmu dulu apa cara terpulang lah pastu terus trade acc live dengan lot 0.01 .... nak demo pun boleh tapi kang untung beribu plak ...

so eis cadang nak buat kelas dari blog ni ... sama-sama belajar kalo eis salah tolong betulkan ...

sesama lah kita

Buat Duit Dengan Forex

Update Trade Terkini hari ini ... pips dalam 100 lebih kurang untung bersih selepas tolak modal usd 466.65 ... alhamdulillah :-)


tips berjaya dalam buat duit dengan forex ....

  1. disiplin - cukup syarat baru bertindak
  2. sabar - jangan terburu-buru, buat analisis secukupnya sebelum bertindak
  3. jaga money management - lot yang kecil lama- lama jadi bukit - compounding - buat trading plan anda, target berapa nak untung daily, walau sikit tapi ujung bulan wahhhh :-)
  4. serasi - trend adalah kawan anda dan serasikan dengan sistem yang anda pakai
ok, tu rasanya penutup untuk 2009, eis pun masih belajar lagi dan kalau ada salah tolong komen dan sesama kita belajar dan buat duit dengan forex !





Apa itu Virtual Private Server (VPS) atau Virtual Desktop

Virtual Private Server atau lebih dikenali dengan VPS secara mudahnya adalah komputer desktop anda cuma ianya berada di server yang boleh disewa secara bulanan atau tahunan.

Apa kena mengena pulak dengan Forex Trading ?

Salah satu alternatif urusan jual beli forex ini adalah dengan menggunakan robot atau expert advisor ataupun EA. Robot atau Expert Advisor akan diterangkan pada post akan datang :-)




Pada ketika ini, terdapat bermacam-macam jenis robot/ea yang dijual di internet dan boleh di pakai pada terminal metatrader anda. Aktiviti robot/ea ini hendak dijalankan 24 jam dan 5 hari waktu market dibuka iaitu Isnin hingga Jumaat.

Anda boleh memasang robot/ea di komputer anda sendiri di rumah atau pejabat tetapi ada pelbagai masalah yang akan timbul seperti:

  • masalah line internet anda yang tidak stabil, atau putus-putus atau perlahan - ini akan menyebabkan operasi robot/ea anda terganggu dan requote boleh berlaku.
  • masalah elektrik tidak stabil - dimana jika ada gangguan elektrik di kawasan rumah/pejabat anda, terminal akan ditutup malahan komputer anda sendiri akan terpadam.
  • pelbagai gangguan pada sistem seperti virus atau spyware yang mengganggu operasi komputer anda.
Untuk mengelakkan masalah utama diatas, penggunaan VPS adalah salah satu jalan selesai yang paling bagus. Dengan menyewa dan memasang robot/ea di terminal di vps yang anda sewa masalah di atas dapat diatasi.

EiSFx sendiri telah menggunakan servis vps pada banner di bawah.



Setakat ini pernah mencuba servis vps ini di 2 tempat iaitu di:

VpsLand DOT Com
- kos permulaan adalah rendah tetapi masa untuk mereka menyiapkan vps mengambil masa 24 hingga 48 jam.
- kadar sambungan internet adalah tidak berapa laju.
- ciri-ciri tambahan tidak banyak
- tidak mempunyai perisian automasi dimana jika virtual desktop anda restart kerana upgrade sistem terminal anda tidak akan terbuka secara automatik


-CommercialNetworkServices
- kos permulaan pertengahan sebanyak 30 USD
- setelah selsesai pembayaran vps anda akan siap paling lama pun dalam masa 3o minit
- kadar sambungan internet yang laju
- banyak ciri-ciri tambahan yang percuma atau berbayar
- mempunyai perisian automasi untuk menghidupkan terminal anda jika berlaku system upgrade di vps anda
- kadar support yang cepat
- boleh login ke vps anda melalui url website yang didaftarkan dan dimana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet.

secara am nya jika anda menggunakan robot/ea anda digalakkan menggunakan vps untuk mendapat keuntungan yang optima.

TIPS memilih VPS antaranya:

  1. lokasi server yang hendak disewa, jika server yang disewa lebih dekat dengan broker pilihan anda maka kadar sambungan internet lebih laju dan efisen.
  2. Kadar tindak balas support kepada anda. Cuba anda menghantar 1 email bertanyakan apa-apa pun mengenai vps atau pakej yang anda minat kepada email support mereka. jika mereka membalasnya cepat itu adalah baik dan jika mereka membalasnya lambat, pertimbangan harus dibuat kerana jika anda ada masalah kemudian dan mereka lambat membalasnya itu kan membawa masalah ?
itu antara beberapa perkara mengenai VPS atau virtual private server dengan dunia Forex. Kalau hendak menyewa VPS klik pada banner dibawah untuk yang terbaik dengan kos yang tidak berapa mahal.




About Blog ForexSportivo Buat Duit Forex

Salam Sejahtera

EiSFx mula menceburi dunia forex sejak Januari 2009. Masih sangat baru lagi. Belajar forex ni daripada kawan-kawan sahaja. Maklumlah nak ambil kursus beratus beribu ringgit.

Mula trade live selepas sebulan di demo akaun. Rasa trade di demo akaun tidak sama seperti trade di live akaun. Trade di demo akaun boleh dapat beribu dolar tetapi tidak sama sekali di live akaun.

Banyak buat kajian di internet untuk dapatkan trading style sendiri dan mula dari itu membuat blog ini sebagai jurnal perjalanan forex EiSFx.

Dalam blog ini akan EiSFx sama-sama share knowledge untuk sesiapa yang minat nak buat duit dengan Forex ni.

Nak buat duit dengan forex ni perlukan ilmu dan ia adalah sangat penting supaya matlamat utama hendak buat duit tercapai dan dalam masa yang sama mengurangkan loss. Super Trader pun ada buat loss tetapi ianya dikurangkan.

Banyak menggunakan teknikal indikator dan penggunaan Japanese Candlestick untuk membuat trade yang untung. Jadi laman blog ini akan serba sedikit menerangkan penggunaan beberapa perkara asas sebelum sesuatu trade itu di buka.

Trade Update yang dikemaskini adalah trade akaun live. Sasaran EiSFx sehari bukan lah beratus pips tetapi mungkin beberapa pips yang berkualiti yang cukup untuk rasa buat duit dengan forex.

Kalau ada apa-apa cadangan dan komen boleh melalui ruangan komen blog ini.

kalau ada salah dan silap tolong tunjuk dan betulkan




Regards,

EiSFx

Trade Update 16 / 04 / 2009

Penggunaan Custom Indicator ZigZag pada Chart Candlestick

Custom indicator ZigZag yang boleh terus dipakai ke mana-mana charts candlestick anda adalah satu lagi indicator yang boleh digunakan untuk membuat keuntungan dari Forex.

Rujuk screenshot dibawah. Klik pada Icon Navigator dan ruangan panel Navigator akan keluar jika sebelum ini tiada.




Selepas dah nampak Ruangan Navigator itu, klik pada Custom Indicators seperti screenshot diatas yang dalam kotak kuning.

Menu ini akan dikembangkan kebawah dan pilih pada ZigZag seperti screenshot dibawah.



Double klik pada ZigZag dan menu untuk tetapan parameters pada custom indicator ini akan keluar seperti screenshot dibawah.

Klik pada tab Inputs seperti screenshot ini dan tukar kan menjadi 3 dan 3 dan 3 dengan double klik pada angka tersebut dan buat sama seperti screenshot dibawah.



Selepas itu klik pada ok dan indicator ZigZag anda akan keluar pada chart yang anda pilih seperti screenshot dibawah.



Penggunaan indicator teknikal ZigZag berkait rapat dengan Price Pattern. Daripada Price Pattern yang terbentuk kita dapat menentukan hala tuju trend yang sedang berjalan dan dengan ini membantu kita untuk membuat keputusan supaya trend selari dengan kita dan bukan setentang dengan kita.

Dalam post yang lain akan terangkan serba sedikit bagaimana Technical Indicator ZigZag ini dikaitkan dengan Price Pattern.



Trade Update 15 / 04 / 2009

Cara Penggunaan Fibonacci Retracement

Fibonacci Retracement adalah salah satu tool standard yang boleh digunakan untuk menentukan perjalanan kebarangkalian trend.

Pada perisian metatrade4 anda klik pada icon di kotak merah pada gambarajah dibawah:



Untuk plot pada chart perlu pastikan trend pada ketika itu sedang naik atau turun. Gambarajah dibawah telah di plot menggunakan Fibonacci Retracement tool ketika trend sedang naik.




Pastikan plot pertama yang hendak di plotkan adalah yang paling rendah sekali dan tarik hingga titik paling tinggi sekali ketika itu sama seperti gambarajah diatas. ( Klik pada gambarah untuk lihat lebih jelas )

Pastikan juga titik permulaan iaitu 0.0 berada di sebelah bawah kerana trend sedang naik.

Apabila trend sedang turun, pastikan titik fibonacci retracement 0.0 berada pada sebelah atas.

Fibonacci Retracement adalah tools yang baik untuk membuat keuntungan dari forex.

Trend Forecasting Using Moving Average

Untuk sesiapa yang trade secara intraday dan juga long term, perlu untuk mengetahui trend sedang berjalan ketika itu ...

Selari bersama dengan trend adalah matlamat utama.

Indikator teknikal yang biasa digunakan adalah Moving Average atau MA. Masalahnya Moving Average adalah lagg indikator mengikut price. Parameter yang perlu diubah bagi mendapatkan keputusan yang baik adalah sangat subjektif.




3 garisan di atas adalah Moving Average yang boleh dijadikan panduan tentang trend terkini.

Japanese Candlestick - Panduan Untuk Trading

Japanese Candlestick ni kalau ikut nama asal dari Jepun lah founder taukeh beras terkaya masa tu. Dia yang ciptakan candlestick untuk ramalan harga beras masa tu.

Kalau tengok gambarajah bawah ni asas rekabentuk japanese candlestick, ada upper dan lower shadow atau wick, dan juga real body.

Dengan ada nya japanese candlestick ni kita boleh buat ramalan dan kajian trend pada masa itu. Ada beberapa jenis candlestick yang perlu kita fahami berdasarkan "Reversal Pattern" atau "Continuous Pattern"




Jadi kalau hendak belajar tentang forex ... baca lagi tentang Japanese Candlestick lagi. Kemudian akan diterangkan beberapa jenis pattern candlestick yang penting dalam post akan datang.


Special Trade Setup Dalam Progress 14/04/2009

Trade masih dalam progress ...

Trade Upate 14 / 04 / 2009

Belajar Forex Trading

Mengetahui perkara asas tentang forex trading dan bagaimana hendak menjalankan trading tukaran matawang asing ini adalah sangat penting kerana ia dapat mengurangkan kerugian dan membuat keuntungan yang banyak.

Di laman blog ini akan lebih menekankan penggunaan perisian "Charting" dengan menggunakan perisian MetaTrader4 yang semakin popular kerana perisian yang ringkas dan mudah dipahami.

Penggunaan Japanese Candlestick juga akan di tekan kan sebagai perkara penting bagi membuat kajian tentang keadaan semasa trend yang sedang aktif.

Beberapa indikator teknikal juga akan di gunakan dan diterangkan seberapa ringkas yang boleh bagi membantu mengenali trend yang sedang aktif.

Buat Duit Dengan Forex Trading

Salam Sejahtera,

Pernah kah anda terfikir hendak buat duit di internet dengan menjalankan Forex Trading ?

Jika ya, nasihat awal mengenai Forex Trading adalah untuk mengetahui perkara-perkara asas mengenai bagaimana hendak menjalankan Forex Trading, perlu memahami beberapa perkara yang boleh membantu anda menjalankan Forex Trading.

Laman blog ini akan menerangkan kepada anda mengenai Forex Trading dan bagaimana hendak membuat duit di internet dengan menjalankan urusan Forex Trading ini.